SEJARAH SURAU AL-FALAH

Catatan Memori Sejarah Surau Al-Falah


Papan Tanda Surau

Kolam Ikan berhampiran Surau


Pada detik bersejarah, tanggal tahun 1860 terbinalah Sekolah Kebangsaan Sungai Dua yang menjadi gagasan tumpuan penduduk Sungai Dua dalam memilih lokasi pendidikan bagi generasi masa kini.

Salah satu tempat sebagai institusi sumber penjagaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ialah "SURAU". Pada mulanya tapak surau dibina di bangunan sekolah iaitu kini dikenali dengan Bilik j-QAF. Bilik ini dibina mengikut saiz bilik darjah dan disediakan dengan dua bilik wuduk lelaki dan perempuan di bangunan D.

Pertumbuhan pelajar yang meningkat maka pada tahun 2000 telah dicadangkan didirikan di tapak di hadapan dengan jalan raya dan pintu masuk utama. Asalnya bangunan lama iaitu rumah pekerja tetapi telah dirobohkan dan diganti dengan surau yang mempunyai keluasan saiz yang boleh menampung seramai 300 hingga 400 orang pelajar.

Surau ini telah diilhamkan dengan nama 'AL_FALAH' yang membawa maksud 'Menuju Kejayaan'. Dalam bersama menuju kejayaan, maka Surau Al-Falah telah dapat menjalankan pelbagai aktiviti dan program terutamanya program Pendidikan Islam. Surau ini juga digunakan pakai untuk setiap aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.

Pada tahun 2013, surau ini telah dipilih dengan mendapat peruntukan daripada Kementerian Pelajaran untuk pembinaan baik pulih Surau Al-Falah. Kini Surau Al-Falah bukan sahaja tersergam indah namun pengimarahan yang dijalankan dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun.

Peranan komuniti dalam menjana Surau Al-Falah itu diimarahkan telah mendapat tumpuan daripada masyarakat sejagat. Terutamanya penderma dari syarikat-syarikat dan ibu bapa serta guru-guru amat memainkan peranan dalam menyumbangkan tenaga, wang dan idea yang amat memberangsangkan,

Kini Surau Al-Falah dapat dimakmurkan dengan aktiviti harian dan sambutan perayaan islam dengan jayanya. Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan Aurau Al-Falah.

"Bersama Menuju Kejayaan"

Azizah Saad
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Sungai Dua, Butterworth

No comments:

Post a Comment