Sunday 23 July 2017

Lawatan Jemaah Penilai JPN ke Surau al-Falah sempena Pertandingan Surau Imarah 2017

21 Julai 2017: Seramai 4 orang pengawai penilai dari JPN PP dan 2 orang pengawai dari PPD Utara telah membuat lawatan penilaian ke atas Surau al Falah SK Sungai Dua sempena pertandingan Surau Imarah 2017. Sebanyak 7 inovasi fizikal dan 6 inovasi aktiviti murid telah dinilai oleh jemaah penilai.



Majlis Persaraan PK 1 Pn Fauziah bt Zakaria

20 Julai 2017: Majlis persaraan PK1 Pn Fauziah bt Zakaria telah diadakan dengan gemilangnya, Beliau merupakan Penolong Kanan Pentadbiran yang banyak menabur jasa dalam perkembangan fizikan sekolah dan juga perkembangan murid. Sifatnya lembut, mudah berbicara menjadikannya lebih mudah didekati sama ada di pihak guru dan murid-murid. Selama 6 tahun beliau telah menabur jasa di SK Sungai Dua. Semoga Puan Fauziah sentiasa diberi perlindungan dan kesejahteraan dari Allah SWT.


Monday 3 July 2017

Lawatan pengawai Bank Islam

SK Sungai Dua telah menerima kunjungan daripada Bank Islam Cawangan Butterworth. Tujuan lawatan tersebut ialah untuk memberi sumbangan kepada Surau al-Falah dan menyerahkan sebiji kek sempena sambutan Hari Guru 2017

Program Ihya Ramadhan 2017

Program Ihya Ramadhan 2017 telah jayanya dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Majlis perasmian Sambutan Ihya Ramadhan telah disempurnakan oleh Puan Zalila bt Idris, Guru Besar SK Sungai Dua. Pelbagai aktviti yang dijalankan sepanjang bulan puasa, antaranya;
1. Tadrus al-Quran yang melibat semua guru dan murid-murid yang terpilih
2. Tahsin Iqra khususnya untuk murid-murid yang masih di tahap Iqra
3. Pendkawah cilik
4. Penghasilan Big Book
5. Radio Sekolah
6. Ceramah ambang Ramadhan
7. Khatam al-Quran
dan banyak lagi




Program Big Book Sirah Nabawi

Program ini telah diadakan semasa Bulan Ramadhan. Program ini memberi pendedahan kepada murid-murid akan besarnya nilai kehidupan Nabi Muhammad SAW. Murid-murid dikehendaki mencari bahan tentang kehidupan Nabi Muhammad dan diterjemahkan ke atas big book. Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat menghayati kehidupan dan perjuangan seoran nabi.