SEKALUNG AMANAT, SEGUGUS HARAPAN

Alhamdulillah, Bersyukur kepada Yang Maha Esa, Selawat Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W 

Sebelum kata bicara di lanjungkan, molek jika saya mengucapkan sekalung budi dan sejagat penghargaan kepada semua guru SKSD yang telah berupaya manifestasikan kecemerlangan surau sebagai "Surau Imarah".

Tunjang kepada proses pendidikan adalah untuk melahirkan model insan seimbang dan bersepadu berpaksikan kepada kepatuhan dan keyakinan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Surau adalah syiar dan imej islam di sekolah yang perlu diimarahkan dengan serius dan tindakan positif.

Dalam merealisasikan hasrat ini maka mengimarahkan surau adalah lokasi bagi melaksanakan "Tazkiyyah Ruhiyyah" pembersihan jiwa melalui paparan tilawah, zikrullah, tazkirah, usrah dan lain-lain lagi.

Dengan mengimarahkan suraundengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan. Jesteru melaksanakan pengurusan surau perlulah dengan efisien dan sistematik.

Usaha untuk melatih generasi wawasan yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan insan dengan kepimpinan dan sahsiah islamiah yang unggul.

Sebagai wadah, saya menyeru agar semua guru-guru dapat meningkatkan usaha dalam mengimarahkan surau dengan lebih berkesan.

Sekian, terima kasih.

Azizah Saad
Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Islam
SK Sungai Dua Butterworth




No comments:

Post a Comment